Pengeluar Peralatan Kuasa Elektrik Mudah Alih Sejak 1988

Kepelbagaian Tukul Putar dan Tukul Runtuh

HENGYOU menawarkan pelbagai jenis kelengkapan pembinaan yang tahan lasak untuk kegunaan komersial dan aplikasi bangunan kediaman

Zhejiang Hengyou Machine & Electron Co., Ltd. berpengalaman penuh sebagai pengilang tukul putar dan tukul runtuh yang profesional sejak 1988. Kami berdedikasi dalam pembangunan kelengkapan yang menawarkan prestasi yang cemerlang di samping kecekapan yang tinggi serta tahap kestabilan yang memuaskan. Dengan ini, kami berupaya menyediakan penyelesaian yang menyeluruh dalam seni bina, hiasan dalaman dan pembinaan jalan raya.

Keluasan tapak Hengyou mencapai 143,000 meter persegi dan bangunannya mempunyai keluasan sebanyak 100,000 meter persegi. Bukan itu sahaja, jenama "HENGYOU" dan "PTG", yang Hengyou miliki telah mengambil lebih daripada 15% jumlah jualan kami. Ahli kakitangan kami seramai 650 dan produktiviti syarikat kami adalah 1.5 juta kelengkapan setiap tahun. Tidak dapat dinafikan bahawa Hengyou telah merealisasikan budaya dan strategi yang tersendiri setelah pembangunan selama 30 tahun.

Kelengkapan penggerudian dan perobohan

Hengyou sebagai pengilang kelengkapan kuasa profesional menumpukan sumber dalam pengeluaran tukul putar dan tukul runtuh sahaja. Kapasiti pengeluaran kami mencapai 1.5 juta setiap tahun. Antaranya, tukul putar mengambil bahagian 65% manakala tukul runtuh mengambil 35%. Oleh itu, kami dapat menawarkan anda dengan penyelesaian perobohan dengan alat kuasa kami dan penggerudian konkrit profesional.

Aplikasi

Adalah terpasti bahawa tukul putar universal biasa dan tukul runtuh tidak dapat memenuhi kerja-kerja penggerudian atau pahat bagi pelanggan yang melakukan tugas-tugas profesional. Oleh itu, anda boleh mendapat tukul runtuh dan tukul putar yang dicipta khas untuk industri dan aplikasi tertentu. Produk-produk Hengyou termasuk pahat dinding, penggerudian batu, perobohan permukaan jalan dan tembok berskala besar, penggerudian pengukuhan profesional penanaman besi tulangan dan lain-lain. Ia dihasilkan khas mengikuti kepelbagaian kerja penggerudian dan keadaan kerja pahat.

Servis OEM

Dengan pengalaman pengeluaran yang terkumpul selama 30 tahun dalam industri peralatan kuasa, Hengyou merupakan pengeluar tukul runtuh dan tukul putar yang profesional. Jumlah jualan syarikat kami mencapai 1.5 juta setahun dengan kedua-dua jenama “Hengyou” dan “PTG” yang dikenali dalam pasaran. Selain itu, kami memperkenalkan servis OEM mengikuti keperluan anda. Untuk menawarkan perkhidmatan yang menyeluruh, pasukan-pasukan seperti pasukan pengeluaran, pasukan teknikal profesional, pasukan selepas jualan, pasukan QA dan pasukan sokongan telah ditubuhkan.

Servis OEM