- Zhejiang Hengyou Machine & Electron Co., Ltd.
- E-mail:
sales4@chinahengyou.com.cn - Hubungi kami
Dengan pengalaman pengeluaran yang terkumpul selama 30 tahun dalam industri peralatan kuasa, Hengyou merupakan pengeluar tukul runtuh dan tukul putar yang profesional. Jumlah jualan syarikat kami mencapai 1.5 juta setahun dengan kedua-dua jenama “Hengyou” dan “PTG” yang dikenali dalam pasaran. Selain itu, kami memperkenalkan servis OEM mengikuti keperluan anda. Untuk menawarkan perkhidmatan yang menyeluruh, pasukan-pasukan seperti pasukan pengeluaran, pasukan teknikal profesional, pasukan selepas jualan, pasukan QA dan pasukan sokongan telah ditubuhkan. Jelas menunjukan bahawa Hengyou merupakan pembekal penyelesaian sehenti yang ideal untuk anda mengenai tukul putar dan runtuh .
Jabatan R&D Hengyou mempunyai struktur organisasi yang lengkap, termasuk bahagian acuan, bahagian produk dan bahagian teknologi pengeluaran. Dengan kakitangan yang berpengalaman penuh seramai 20 orang dan kelengkapan untuk pembangunan atau pengujian produk serta perisian reka bentuk yang canggih, jabatan R&D kami berjaya membangunkan 8 produk baru setiap tahun secara purata. Antaranya termasuk tukul putar premium siri bulat merah dan tukul runtuh(tahap HPP) yang telah menerima sambutan hangat daripada pelanggan profesional kami.
Infrastruktur pengeluaran Hengyou terdiri daripada 6 bengkel, iaitu bengkel motor, bengkel rawatan haba, bengkel suntikan, bengkel mengecat, bengkel pemprosesan logam, dan bengkel pemasangan. Kami menaiktaraf bengkel, teknologi dan peralatan kami secara konsisten supaya dapat membekalkan produk yang berprestasi baik dan berkualiti tinggi kepada anda. Untuk merealisasikan pengawalan kualiti produk yang menyeluruh, komponen-komponen utama adalah dihasilkan dalam bengkel kami sendiri. Dengan juruteknik profesional senior bersama dengan 500 peranti ketepatan, Hengyou berupaya mengoptimumkan kualiti pengeluaran dalam setiap prosedur.
Prosedur QA yang ketat dilakukan untuk menjamin kualiti produk. Antaranya termasuk pemeriksaan kualiti rutin, kawalan kualiti proses, kawalan kualiti kemasukan dan kawalan kualiti keluaran. Bukan itu sahaja, tukul putar dan tukul runtuh kami telah menerima pengesahan dari kumpulan berkuat kuasa, iaitu GS, CE, EMC, 3C, ETL dan sebagainya. Prosedur utama mengenai kawalan kualiti kami terdiri daripada 6 bahagian untuk menjamin kualiti produk.
Bahagian 1: Jaminan Kualiti Bahan Kemasukan
Kami mempunyai petugas yang berperanan untuk memeriksa semua bahan kemasukan dari pembekal di setiap bengkel kerana komponen utama peralatan dihasilkan oleh bengkel kami sendiri. Selain itu, untuk menjamin kualiti bahan mentah dari pembekal, kami menjalankan kawalan kualiti kemasukan mengikuti cetak biru dan spesifikasi komponen peralatan.
Bahagian 2: Jaminan Kualiti Komponen
Semua komponen menjalani prosedur kawalan kualiti kemasukan dengan piawai yang sama terhadap bahan mentah dari semua pembekal, iaitu memeriksa semua item mengikuti keperluan yang berkaitan dan cetak biru komponen.
Bahagian 3: Pemeriksaan Sampel Pertama dan Pemeriksaan di Tapak
Untuk memastikan kualiti komponen dan normalisasi pengeluaran, pemeriksaan dilakukan semula berdasarkan prosedur pengeluaran dan panduan pengeluaran.
Bahagian 4: Pemeriksaan Kualiti Produk Siap
Untuk memeriksa keselamatan, penampilan dan fungsi hasil produk, bengkel-bengkel kami dilengkapi dengan lebih daripada 500 buah kelengkapan seperti dinamometer enjin, sistem ujian klac keselamatan, EMC anti-gangguan, sistem ujian putaran, ruang suhu dan kelembapan, meter tahap bunyi, meter getaran dan sebagainya. Jabatan QA kami menerima pengesahan Program Data Pengujian Saksi TMP Rheinland TUV serta sijil-sijil GS dan UL.
Bahagian 5: Pemeriksaan Rawak
Jabatan QA melakukan pemeriksaan secara rawak terhadap hasil produk termasuk pemeriksaan pada aspek-aspek seperti keselamatan, ketahanan, prestasi dan penampilan produk-produk supaya tahap standard tercapai.
Bahagian 6: Pemeriksaan Pelanggan (Pilihan)
Kakitangan dari pelanggan kami atau dari pihak ketiga boleh dihantar ke bengkel kami untuk pemeriksaan kualiti produk untuk memastikan produk mencapai tahap standard sebelum dihantar kepada anda.
Dengan pengalaman pengeluaran yang terkumpul selama 30 tahun dalam industri peralatan kuasa, Hengyou merupakan pengeluar tukul runtuh dan tukul putar yang profesional. Jumlah jualan syarikat kami mencapai 1.5 juta setahun dengan kedua-dua jenama “Hengyou” dan “PTG” yang dikenali dalam pasaran. Selain itu, kami memperkenalkan servis OEM mengikuti keperluan anda. Untuk menawarkan perkhidmatan yang menyeluruh, pasukan-pasukan seperti pasukan pengeluaran, pasukan teknikal profesional, pasukan selepas jualan, pasukan QA dan pasukan sokongan telah ditubuhkan.
selanjutnya